Sunday 27 November 2011

solat Istikharah

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhari minggu semua.Hari ini satu hari bermalas-malasan di rumah...sangat seronok..hehe.
Hari ini saya mahu berkongsi suatu amalan yang sangat dituntut dalam hidup kita khasnya jika hati masih ragu-ragu dengan sesuatu keputusan.


Solat Sunat Istikharah..Amnya,solat ini selalu dikaitkan dengan keputusan dalam nak mencari jodoh macam kat gambar di atas.Akan tetapi,solat ini boleh dilakukan dalam menentukan sesuatu yg terbaik dalam apa jua yg bakal berlaku dalam hidup kelak.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Cara-cara menunaikan solat ini ialah:
1. Seelok-eloknya adalah waktu 2/3 malam iaitu dalam pukul 3 hingga 5 pagi .Tapi tak  apa kalau kita mahu melakukan bila-bila masa pun.

2. Niat : Sahaja aku menunaikan solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala.

3. Baca surah Al kafirun pada rakaat pertama atau apa sahaja surah yg terbaik ye.Dan Surah Al ikhlas pada rakaat kedua.

4.Selepas salam beristigfarla dan selawat seterusnya bacala doa yg spt di atas.

Semoga Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik bagi kita semua.

Monday 21 November 2011

Rezeki dan Cabaran

Alhamdulillah,masih dapat bernafas lagi hari ini.Pagi Isnin yang tenang dan perlu bersemangat untuk keluar mencari rezeki dan Ilmu hari ini..:)

Fikiran masih bercelaru samaada mahu meneruskan impian belajar di luar negara atau tidak.Di sisi lain,hati memang meronta-ronta nak belajar.Tapi,apakan daya masih banyak yg perlu dilakukan di sini.Semoga Allah membantu memudahkan urusan saya untuk kesana kelak.

Sekarang stage yg pertama adalah memohon tajaan MARA.InsyaAllah,hari Rabu depan kakak kesayangan da bersetuju untuk menemankan saya ke ibu pejabat MARA di KL.Dan seterusnya masih banyak lagi yang perlu di lakukan.Berusaha atiqa!